Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Friday 3 September 2010

Berhemah Di Aidilfitri

Ramadan akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Perasaanku bercampur baur. Sedih kerana ingin meninggalkan madrasah ramadan yg hanya sebulan, juga kerana syaitan-syaitan yg sering menggoda manusia yg kini dibelenggu akn dilepaskan kembali dan mereka akan bersungguh-sungguh menghasut manusia yg seringkali lupa dan alpa agar pahala yg telah kita kumpul selama sebulan ni terhapus kembali. Gembira kerana bakal menyambut aidil fitri, dapat berjumpa sanak-saudara yg jauh di mata, saling bermaafan, ziarah-menziarahi. Dan yg pling gembira is DUIT RAYA!!! just kidding. Bukan itu matlamat utama kita menyambut aidilfitri. Matlamat utama kita menyambut aidilfitri ialah meraikan kejayaan umat Islam kerana berjaya berpuasa di siang hari,menahan diri drpd lapar dan dahaga juga drpd melakukan perkara2 yg membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari berserta dengan niat. Puasa mengajar kita erti lapar dan dahaga dan mengajak kita menghayati keadaan org yg susah. Yg sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Kita kini berada dalam fasa terakhir di bulan Ramadan.Dalam fasa ini terdapat 1 malam yg lebih baik drpd seribu bulan iaitulah malam Al-Qadr.Sepatutnya kita berlumba-lumba untuk bangun malam (Qiamul lail) bagi mendapatkan malam ini kerana umur kita tidaklah sampai ke tahap itu untuk beribadah kepadaNya.Semakin tua kita, semakin kurang kualiti ibadah kerana kudrat yg dipinjamkan kpd kita semakin berkurangan.Saya kira pastinya kini umat Islam sedang sibuk membuat persiapan raya.Membeli pakaian serba baru, kuih raya, menghias rumah dan sebagainya. Apabila tibanya musim perayaan, butik-butik pakaian yg pada hari biasa kurang pengunjung, menjadi sibuk dan sesak, para pekerjanya tidak menang tangan melayani pelanggan yg hadir. Suka saya berpesan agar janganlah kita terlalu mengikut hawa nafsu dalam membeli persiapan raya. Perjuangan yg besar ialah perjuangan mengawal hawa nafsu termasuk hawa nafsu dalam berbelanja. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan secara sederhana.Janganlah membazir kerana sesungguhnya orang yang membazir itu ialah saudara syaitan laknatullah. Mengapakah manusia sering membazir?
Hal ini kerana manusia itu merasakan dia kaya.

Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang telah saya pelajari pagi tadi bersama Tn Hj Mahmud Hj Mat di TV3 dalam slot motivasi pagi.Tajuk yang dibawa ialah "Berhemah di aidilfiri".Aid berasal drpd perkataan arab iaitu a'da yg bermaksud kembali. Fitri ialah Fitrah. Konklusinya aidilfitri bermaksud kembali kepada fitah. Apa yg dimaksudkan kembali kepada fitrah? Manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih,bersih daripada segala dosa. Oleh itu, aidilfitri membawa kita kembali kepada fitrah suci dan bersih daripada dosa yg kita lakukan selama 11 bulan dengan segala amal ibadat yang telah kita lakukan sepanjang berada di Universiti ramadan selama 30 hari.

Bagaimanakah caranya untuk kita kembali kepada fitrah? Kita hendaklah mengamalkan adab-adab berhari raya seperti mana yg diajarkan oleh kekasih Allah, Rasulullah S.A.W.Antaranya ialah kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam sedekah (memberi tetamu makanan), mengerjakan kerja-kerja kebaikan, membanyakkan solat sunat salah satunya ialah Solat Sunat Aidilfitri,amatlah rugi bagi sesiapa yg melepaskan peluang untuk solat aidilfiri yg datang hanya setahun sekali ini.Seterusnya selesaikan zakat fitrah agar harta yg dimiliki bersih dan suci juga hendaklah kita membanyakkan tasbih dan tahmid.Kita disunatkan memakai pakaian baru pada hari raya. Tidak baik bermasam muka di hari raya. Maniskanlah muka walaupun hati berasa sedih kerana mungkin tidak dapat beraya bersama orang yg tersayang di kampung halaman. Sebolehnya-bolehnya kita perlu saling bermaafan dengan semua manusia pada hari raya.Isteri bermaafan dengan suami.Janganlah terlalu sibuk menguruskan makanan di dapur hingga tidak sempat bermaafan dengan suami. Anak-anak bermaafan dengan ibu bapa. Begitu juga anak-anak, terlalu gembira beraya sambil mengumpul duit raya ibu bapa dilupakan.

Sebaik-baik wang ialah berbelanja kepada kaum keluarga. Ibu bapa membelikan baju raya kepada anak-anak, anak-anak menghadiahi ibu bapa pakaian baharu. Hadis rasulullah yg bermaksud Gunakanlah hartamu untuk membeli kenderaan di jalan Allah. Membeli kenderaan di jalan Allah bermaksud membeli kenderaan yg memudahkan kita untuk menuju ke rumahNya.
Rasulullah menggunakan jalan yg berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.

Setakat ini dahulu coretan saya buat kali ini. Saya akhiri dengan sepotong hadis rasulullah yg bermaksud " Orang yg membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya maka baginya dua pahala."
Rebutlah peluang selagi kita berpeluang untuk beribadah kepadaNya di Bulan ramadan tahun ini mungkin inilah Ramadan kita yg terakhir siapa yg tahu. Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada Ramadan tahun lalu.

Mungkin masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat hari Kemerdekaan kali ke 53. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimeen dan muslimat di muka bumi Allah ini.

Wallah'alam.

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam