Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Monday 4 February 2013

Wasiat Luqman Al-Hakim kepada anak-anaknya

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis hari ini aku diberi kesempatan waktu untuk mencoret tinta elektronik ini. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Baginda junjungan teragong, Nabi Muhammad s.a.w. Allahumma solli 'ala Muhammad. Sebelum tangan merancak menaip masih tidak terlambat utk saya ucapkan "Salam Maulidur Rasul" buat semua muslimeen dan muslimat di muka bumi Allah ini. Sambutan maulidurrasul, bukanlah meriah pada tanggal 12 Rabiul Awwal sahaja, tetapi sejauh mana kita menghidupkan sunnah Baginda s.a.w. Baginda sendiri tidak pernah menyambut hari kelahiran Baginda sepanjang hayatnya. Peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan sidang pembaca yang dimuliakan.


Seorang ibu mahupun seorang bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sudah pasti pelbagai nasihat, bimbingan, dorongan dan kata-kata motivasi disuntikkan kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat melahirkan seorang individu Muslim yang sempurna. 

Baru-baru ini pergi ziarah tokwan, hari Sabtu yang lalu..masa baru sampai tu tokwan kelihatan sedang sibuk mencari surat-surat penting miliknya. Dah masuk rumah tokwan duduk sembang-sembang. tetiba tokwan cakap, "TOKWAN NI TAKDAK HARTA NAK BAGI, NAH AMBIK NI"(sambil menghulurkan sehelai kertas yang padanya tertulis "WASIAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA")  . Setelah membaca keseluruhannya, diri yang kerdil lagi hina ini berasa terpanggil untuk menyebarluaskannya.  

Antara wasiat Luqman ialah

~> Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan, TEGAHLAH kemungkaran dan SABARLAH kamu atas segala yang menimpa.

~> Wahai anakku, INGATLAH ALLAH banyak-banyak. SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENGINGATI ORANG YANG MENGINGATI-NYA.

~> Anakku, JANGANLAH ENGKAU CINTA DUNIA kerana engkau tidak dicipta untuk dunia dan Allah tidak menciptakan sesuatu pun yang lebih hina daripada dunia.

~> Anakku JANGANLAH ENGKAU GEMBIRA DENGAN KESIHATAN yang berpanjangan dan SEMBUNYIKANLAH KESUSAHAN menimpamu.

~> Anakku, cukuplah dengan yang sedikit, dan REDALAH dengan apa yang kamu dapat.

~> Anakku, BERSAHABATLAH dengan ORANG BIJAKSANA dan REDALAH dengan apa yang mereka kata, nescaya engkau akan menjadi bijaksana.

~> Anakku, BERCAKAPLAH DENGAN PERKATAAN YANG BAIK bersama orang lain dan duduklah dengan ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan rasa khusyuk di dalam diri.

~> Anakku, LAKSANAKANLAH HAJAT SEKADAR PERLU dan ELAK PERKARA YANG TIDAK BERKAITAN DENGANMU.

~> Anakku, PERBANYAKANLAH DIAM kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sesekali kecewa kerana diam tetapi mungkin AKAN KECEWA KERANA KETAWA.

~> Anakku, JANGAN BIARKAN AYAM LEBIH CERDIK DARIPADAMU, kerana ia akan kibaskan kepaknya pada waktu malam dan bertasbih kepada Allah.

~> MANFAATKANLAH APA YANG ALLAH AJARKAN KEPADAMU. Seorang alim tidak sama dengan seorang jahil. SEBAIK-BAIK ILMU ADALAH YANG MEMBERI MANFAAT DAN SEBAIK-BAIK ILMU ADALAH YANG DIIKUTI. Allah memanfaatkan ilmu bagi yang menginkutinya.

~> Anakku, SEPANDAI-PANDAI MANUSIA ADALAH YANG PALING TAKUT KEPADA ALLAH.

~> Engkau hendaklah TAWADUK (MERENDAH DIRI)

~> Anakku, seorang yang keji apabila berkata-kata akan kelihatan kejahatannya melalui lidahnya dan apabila dia senyap pun nescaya kejahatannya akan diketahui juga.

~> Anakku, FAHAMLAH ERTI HIKMAH dan JADIKANLAH AKHLAKMU BERHEMAH DAN PENTINGKANLAH IA DAN MATAMU AKAN SEJUK APABILA ENGKAU MEMENTINGKANNYA DAN KETAHUILAH HIKMAH ITU HANYA ADA DALAM KELEMBUTAN.

~> Anakku, kenapakah engkau menghilangkan hartamu sendiri dan membaiki harta orang lain. Anakku sesiapa yang TIDAK MENGASIHANI TIDAK AKAN DIKASIHANI  dan SIAPA YANG DIAM DIA SELAMAT. SIAPA YANG BUAT BAIK AKAN SELAMAT SIAPA BUAT JAHAT ASTI MENYESAL. SIAPA YANG BENCI KEJAHATAN AKAN SELAMAT. SESIAPA YANG TIDAK MENJAGA LIDAHNYA AKAN RUGI. Anakku, JADILAH ORANG YANG MUDAH DIGAULI, MANIS MUKA dan itulah AKHLAK ORANG SOLEH. :D

Alhamdulillah.. selesai 16 wasiat Luqman kepada anaknya. Semoga perkongsian yang sedikit ini mampu memberi manfaat kepada kita untuk menjadi seorang INDIVIDU MUSLIM YANG SEMPURNA. IN SHAA ALLAH. Bolehlah kita sebar-sebarkan ilmu Allah ini kepada rakan-rakan yang lain, WALLAHU'ALLAM. JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZAK!

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam