Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Monday 29 November 2010

DESTINASI CINTA-Mestica


Cinta Ilahi Yang harus Di cari sebulum memiliki cinta insan bernama manusia....

Sunday 28 November 2010

Pemuda Tiang negara Pemudi Harapan bangsa

"Abang!Abang! sakit bang! Aduh!!! Tolong bang!!! Ya Allah!!! Sakit,sakit!!!! "

Dalam hening Subuh,kedengaran suara si Ibu mengerang kesakitan. Masa yang ditungu telah tiba. Si Suami yang sedang dibuai mimpi indah bingkas bangun mendapatkan isterinya yang sedang terlantar di hadapan tandas. Lantas, si suami bergegas membantu dan memimpin si isteri ke dalam kereta Naza Citra lalu sepantas kilat enjin kereta dihidupkan. Dengan berkain pelekat dan berbaju T hijau muda si suami terus memacu keretanya ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi). Setibanya di kawasan Kecemasan si isteri dengan segera diusung masuk ke dalam bilik bersalin Al-Humaira'. Hampir dua jam tiga puluh minit si isteri berjuang antara hidup dan mati akhirnya lahirlah seorang permata Islam yang sangat comel. "Tahniah Encik jibriel! Cahaya mata encik seorang bayi lelaki yang sangat comel," begitulah ucapan Doktor Sumaiyah kepada suami Puan Mariah al-Qibtiah. Laungan azan berkumandang di dalam Bilik Bersalin Al-Humaira'.

To be continue...da maghrib!

Puan Mariah Al-Qibtiah tersenyum kegembiraan. "Alhamdulillah" ,ucapan itu secara sponton terpacul keluar daripada mulutnya sebagai tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Pasangan itu sebulat suara menamakan cahaya mata mereka Hamzah Asadullah dengan harapan anak mereka mampu mencontohi sifat-sifat peribadi Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib yang berani, cekal dan pantas bertindak.

Siang berganti malam,hari silih berganti, Hamzah Asadullah kini terlah berusia sembilan tahun setelah menyambut ulangtahun kelahirannya pada 2 Muharram 1431H yang lalu. Seawal usia sembilan tahun bapanya telah mendedahkan ilmu-ilmu merpertahankan diri kepadanya.
harapan ayahanda dan bondanya tinggi menggunung. Mereka ingin sekali melihat anak muda tunggal kesayangan mereka berjuang untuk menegakkan agama dan bangsa. Oleh hal yang demikianlah Encik Jibriel menghantar puteranya ke kelas seni mempertahankan diri untuk memupuk sikap berani dan tidak mudah gentar berhadapan dengan musuh serta menyemai rasa cinta akan negara. Hal ini kerana Cinta Akan Negara Separuh daripada Iman.

Hamzah Asadullah bukan sahaja diajar ilmu mempertahankan diri, malah kemahiran menggunakan menggunakan senjata turut "diperturunkan" kepadanya. Semakin hari semakin terserlah bakat Hamzah dalam seni pertahanan diri. Belakang parang jika diasah lagikan tajam inikan pula manusia. HAmzah sering muncul sebagai johan dalam pertandingan silat di peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Hamzah menjadi ayam tambatan di kampungnya. Encik Jibriel dan Puan Mariah Al-Qibtiah bangga melihat keberanian, kecekapan serta ketangkasannya bermain senjata seperti keris, tombak dan pedang.

Pada suatu petang, ketika pemuda bertubuh sasa yang berusia lapan belas tahun itu sedang berlatih bersama-sama bapanya, dia terdengar satu suara yang memanggil-mangil namanya dengan nada yang mencemaskan. "Abang Hamzah! Abang Hamzah! Abang Hamzah! Cepat bang! Abang kena tengok bang! Penting ni bang! " Rupa-rupanya suara itu suara milik Khalid al-Walid, seorang remaja berjiwa pahlawan sepertinya. "Bertenang Khalid, bertenang. Cuba ceritakan apakah yang telah berlaku sebenarnya..", Hamzah cuba menenangkan Khalid yang kelihatan begitu cemas. "Mari bang,mari ikut saya ke sana, di belakang gunung di hujung kampung kita yang menjadi tapak permainan kami tu bang", balas Khalid. "Baiklah. Mari kita ke sana bersama-sama,"sambung Hamzah.

Setibanya di sana, alangkah terkejutnya Hamzah kerana tiada angin, tiada ribut muncul...................







Salam Pendidikan untuk Semua ->Pendidikan Seks Mengakibatkan Kehamilan Tidak Diingini (Jom berbahas!!!!)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perbahasan,
Izinkan tirai perbahasan pada hari ini dimulakan dengan serangkap pantun,

Satu dua tiga dan enam,

Enam dan satu menjadi tujuh,

Buah delima yang kami tanam,

Mengapa pula peria yang tumbuh.

Saya mulakan rentak penghujahan pihak kerajaan pada hari ini dengan pendefinisian usul agar sidang perwakilan sekalian dapat memahami usul kita pada hari dengan lebih jelas. Pendidikan Seks secara literal merujuk Kamus Dewan Edisi keempat saya definisikan sebagai perihal mendidik berkaitan sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan serta keinginan syahwat. Walaubagaimanapun tuan yang dipertua serta sidang perwakilan sekalian, pihak kerajaan pada hari ini akan bergerak berdasarkan definisi konseptual merujuk kertas kerja yang telah dibentang dalam Seminar Seksual Kebangsaan anjuran Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya pada 30 Julai 2005.

Pendidikan Seks merupakan suatu proses mendidik yang merangkum enam aspek berikut: Yang pertama aqidah,Yang kedua akhlak dan tingkah laku mulia,yang ketiga kesihatan fizikal,yang keempat kebersihan,yang kelima seksualiti dan reproduksi serta yang terakhir anatomi tubuh badan manusia. Keenam-enam aspek ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada para remaja merentas kurikulum melalui subjek-subjek tertentu termasuklah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Biologi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Pendidikan Sivik Kewarganegaraan.

,Premis kami yang pertama bawah kata kunci Pendidikan Seks Mengakibatkan Kehamilan Tidak Diingini sekiranya remaja dan masyarakat tidak berminda positif.,Sebelum lidah lebih lancang berbicara izinkan saya menjelaskan sebab penggunaan kata “sekiranya” dalam premis pertama kami sebentar tadi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ringkasnya (JAKIM) telah mengeluarkan statistic kelahiran bayi luar nikah iaitu seramai 81000 orang bayi luar nikah dilahirkan di Malaysia hingga kini. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara pula seramai 83 orang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia dalam masa sehari bagi setiap 17 minit. Masalah ini tidak akan berlaku sekiranya remaja berminda positif. Hal ini kerana pendidikan seks telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia merentas kurikulum melalui enam subjek yang telah saya sebutkan sebentar tadi.

Minda positif berkaitan pendidikan seks memerlukan remaja dan masyarakat memahaminya sebagai suatu pendidikan yang merangkumi keenam-enam aspek yang telah saya sebutkan dalam definisi konseptual sebentar tadi. Realitinya, remaja dan masyarakat kita tidak berminda positif kerana mereka memahaminya sebagai pendidikan yang mendedahkan aspek kelima dalam pendidikan seks iaitu seksualiti dan reproduksi. Oleh hal yang demikian, tanpa minda positif remaja hanya akan memilih aspek kelima pendidikan seks untuk diamalkan bagi memenuhi tuntutan hawa nafsu negative serta mewajarkan gaya hidup hedonistic sekali gus menyebabkan berlaku peningkatan gejala pembuangan bayi dan anak di luar perkahwinan.

Ciri minda positif merangkumi tiga ciri berikut yang pertama melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan terbaik, kedua tidak melepaskan tanggungjawab diri kepada orang lain dan yang terakhir sentiasa positif walaupun berada dalam situasi negative. Tuan Yang dipertua, kami barisan kerajaan pada hari ini . Hal ini kerana kami menerima masalah berlaku peningkatan kadar bayi luar nikah dan gejala pembuangan bayi walaupun pendidikan seks dilaksana merentas kurikulum sepertimana yang saya pantunkan diawal perbahasan sebentar tadi. Oleh itu,kami telah menyediakan langkah proaktif bagi mengatasinya. Bagi remaja yang masih tidak terlibat dengan masalah kehamilan tidak diingini,pihak kerajaan telah mendedahkan remaja dengan pendidikan seks merentas kurikulum. Sekiranya remaja berminda positif, ilmu-ilmu pendidikan seks yang dipelajarinya akan diamalkan secara bermakna dengan menjadikannya sebagai panduan untuk hidup dalam persekitaran yang penuh dengan cabaran global.Hal ini kerana remaja telah mempelajari pendidikan seks merentas kurikulum maka remaja perlu melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengamalkan ilmu pendidikan seks secara bermakna bukan untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Ciri minda positif yang seterusnya ialah selalu positif walaupun berada dalam situasi negative. Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat telah merangka model Baru Sosial untuk menangani masalah gejala social di Malaysia. Kementerian ini juga telah berusaha mengumpul data seluruh kaunselor yang belum berdaftar agar segera berdaftar untuk sama-sama menggerakkan khidmat bimbingan dan kaunseling bagi menangani masalah kehamilan tidak diingini.Sekiranya remaja yang telah terlanjur berminda positif, remaja ini akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Remaja ini boleh merujuk unit bimbingan dan kaunseling yang kian dipinggirkan berikutan mentality masyarakat yang negative terhadap remaja atau keluarga yang menggunakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya nyatakan sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan seks menyebabkan kehamilan tidak diingini sekiranya remaja dan masyarakat tidak berminda positif.

Sekian.

p/s teks di atas bukan teks penuh...







Alhamdulillah..!!!
Johan Negeri Pulau Pinang
-> SMK Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang



Saturday 27 November 2010

Dalam Nuansa Kemanusiaan



 









Terimalah sajak nukilanku sempena Pertandingan Sayembara menulis puisi....sajak ini telah dideklamasi oleh adindaku, Arwa Suwaibah pada Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah pada bulan Oktober yang lalu.Adindaku hanya mendeklamasikan dua rangkap daripad sajak ciptaanku.Pasukan Sajak SMKA Nibong Tebal telah mendeklamasikan sajak yang telah dikarang oleh pelajar sekolahku sendiri bawah bimbingan Encik Sahahudin bin Sultan juga Cik Harison binti Hassan.

Dalam Nuansa Kemanusiaan

Kala matahari menjelmakan dirinya,
Kedengaran kicauan beburung
Kokokan si Jantan memecah suasana,
Bergegaslah semuanya,
meniti titian kehidupan, Selamat pagi Mentariku,
Bagai Badai kehidupan,
tanah kecil nan sebidang,
permai dalam lambaian,
Pohon nyiur dihembus bayu,
Mentari nan mewarnai ombak,
Mewarnai perjalanan ilmuku di Pulau Mutiara.

Keunikanmu mewarnai,
Remajaku dalam pelangi kehidupan,
untuk mengenal erti kasih sayang,
mengenal erti pengorbanan,
mengenal erti kemajuan,
juga mengenal erti keindahan.
Kedamaianmu menjemputku,
merasai kelazatan,kemanisan
Dalam nuansa kemanusiaan.

Bagai uniknya negeriku,
Perpaduan nan dicapai,
Keamanan nan tercipta,
Melahirkan jati diriku di Pulau Mutiara,
di Bandar Warisan Dunia.




saksikan persembahan pendeklamasian sajak oleh pasukan sajak SMKANTPP or NTISS!!!!
Enjoy it! Part adindaku buat persembahan kakak dy sorok....haha!

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam