Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Sunday 19 May 2013

O YEAH...! OPEN YOUR EYES AND HEART..! (1)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. 

NASTAGHFIRULLAH, NASTAGHFIRULLAH, NASTAGHFIRULLAH AL-'AZEEM,
ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAHHI ROBBIL 'ALAMEEN,
Alhamdulillah.. setelah lama disibukkan dengan perihal dunia, hari ni ana masih diberi peluang dan ruang utk terus menulis..

"Barangsiapa yang Allah ingin KEBAIKAN ke atasnya, maka Allah akan memberikannya KEFAHAMAN ke atasnya DALAM AGAMA." ~hadis Ad-Din~

Alhamdulillah..siapa sangka kehadiran ana dibumi Atheis(Beijing) ini sebenarnya sedikit sebanyak telah menambahkan serba sedikit pengetahuan ana dalam beragama. makin banyak ilmu yang diperoleh makin terasa diri ini kerdil. Barangkali ini satu daripada hikmah yang Allah sembunyikan dahulu. Pasti ramai yang tertanya-tanya.."macam mana pula datang Beijing boleh dapat banyak ilmu agama...?? bukankah Beijing negara komunis..??? negara yang mana Islam tidak dibenarkan disebarkan sewenang-wenangnya..??? " Jawapannya cukup mudah... kerana di sini masih ada MUSLIM/MUSLIMAH atau IKHWAN/AKHAWAT yang sanggup memikul amanah, penyambung risalah  Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah.. syukur...  Moga Allah Redha.

ISK --> Apa tu..??? Ini Sekolah Kami? Ini Sahabat Kita? Itu Saudara Kita? tidak, tidak dan sama sekali tidak... bukan itu yang dimaksudkan. Maksud sebenar ialah "INI SEJARAH KITA". Sejarah siapa..?? Malaysiakah...??? atau sejarah ISLAMKAH...??? siapa kita...???? Jika ada orang tanya kita, "awak menutup aurat sebab awak Melayukah?" apa jawapan kita..??? adakah kita mengiyakan atau sebaliknya menjawab "Saya menutup aurat kerana saya ISLAM" yaa.. itulah jawapan bagi persoalan siapa KITA sebenarnya... Kita ialah MUSLIM.. siapa MUSLIM...??? Mereka yang mengucapkan kalimah "LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH". Mereka inilah yang telah dilabelkan sebagai MUSLIM..ataupun lebih mudah MUSLIM = Org yang beragama ISLAM.

24 November 2012  - Ana telah dipilih oleh Allah utk menghadiri sebuah program yang diberi nama "O YEAH" singkatan kepada Open Your Eyes and Heart.. Tanggapan awal ialah program ini merupakan pengenalan antara junior dan senior.. maklumlah.. pada ketika itu masih lagi freshy di Beijing ni.. Yaa.. program ini sememangnya salah satu matlamatnya ialah mengeratkan ukhuwwah antara junior dan senior.. tetapi matlamat utama program ini adalah utk memberi kefahaman yang sebenar kepada kita tentang agama kita sendiri. Sangat menarik pengisian program ini. Para penyampai terdiri daripada kalangan ikhwan dan akhawat Beijing sendiri, yang saya pada mulanya tidak percaya akan kemampuan dan kebolehan mereka HANYA kerana mereka berada di Beijing..Mulanya saya berpendapat perlu berada di MesiR/Jordan dahulu baru boleh jadi seperti mereka.. betapa ceteknya pemikiran saya ketika itu kerana memandang Islam pada tempat.. sebenarnya tidak.. ISLAM BERADA DI SELURUH DUNIA..BUKAN HANYA DI MESIR DAN JORDAN ATAU MANA-MANA NEGARA ARAB YANG LAIN. Satu persepsi saya telah berjaya diubah oleh mereka.

In shaa Allah.. hari ini kita akan bedah perkataan "KITA=>MUSLIM=>ISLAM". Islam berasal daripada satu perkataan Arab "س ل م " yang bermaksud selamat, aman, damai, sejahtera dan sebagainya.Allah Subhanallahu taala telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 131-134 (Boleh semak di dalam AQ) yang bermaksud 2:131 :{ "Ingatlah ketika Tuhannya berfirman kepadanya"serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" nabi Ibrahim menjawab : "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam"} 2:132 : {" Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan demikian juga Nabi Yaakub berwasiat kepada anak-anaknya,katanya : "Wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama (ISLAM) ini menjadi ikutan kamu, maka JANGANLAH KAMU MATI MELAINKAN DALAM KEADAAN ISLAM"} 2:133 :{ " Adakah kamu hadir ketika dia(Yaakub) didatangi tanda-tanda maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya : "Apakah yang kamu sembah setelah sepeninggalanku?" Mereka menjawab ; "kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk dan patuh kepadaNya"} 2:134 :{ "Itu adalah umat yang lalu, baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang telah kamu usahakan dan kamu tidak akan diminta bertanggungjawb tentang apa yang telah mereka kerjakan"}

Dalam ayat ini kita dapat lihat bagaimana Nabi Ibrahim dan Nabi yaakub berserah diri kepada agama Allah sepenuhnya.. kerana apa..??Masuklah kamu kedalam Islam secara KESELURUHANNYa nescaya kamu akan selamat. Allah menjawab pula dalam Surah yang sama ayat 208 {"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam Islam secara KESELURUHANNYA dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"} . Analoginya cukup mudah, bayangkan kita berada di sebuah stesen LRT..sedang menunggu LRT, pastinya akan ada satu garisan kuning yang sangat panjang di sepanjang kawasan menunggu LRT tu.. garisan tu melarang kita utk berada di selepas garisan itu atas sebab menjaga keselamatan penumpang.. takut terjatuh di atas landasan LRT dan dilanggar oleh LRT atau sebagainya.. senang cerita utk elak kemalangan berlaku.. in shaa Allah kita akan selamat jika berada sepenuhnya di kawasan menunggu tidak melebihi garisan kuning yang telah disediakan. Samalah seperti Islam.. jika kita masuk ke dalam Islam secara keseluruhan in shaa Allah selamat.. kerana Islam itu menyeluruh.. setiap perkara ada penyelesaian... kita ada Al-Quran yang menjadi "manual guide" kita di bumi ini.. ada orang pernah tanya "Al-Quran ade tak cara buat kek..??" jawapannya ada.. Allah menjawab dengan jawapan yang cukup mudah.. "...Belajarlah dari orang yang tahu".. nampak tak...??

Kedua, dalam ayat 132 tadi Allah nyatakan JANGAN KAMU MATI MELAINKAN DALAM KEADAAN ISLAM. kerana apa turunnya ayat ini..??? kerana.. adakalanya manusi itu tidak ISLAM..ait..??? macam mana tu...?? Islam tukan menyerahkan diri/berserah kepada Allah sepenuhnya.. adakala kita tidak Islam apabila kita meletakkan pergantungan kita kepada manusia dan selain daripada Allah.. NAuzubillah...Untuk itu sidang pembaca yang budiman, LETAKKANLAH TAWAKAL(berserah diri kepada Allah) 100% KEPADA ALLAH PADA SETIAP MASA, DALAM SEMUA SITUASI DAN KEADAAN WALAU DI MANA JUA ANDA BERADA... in shaa Allah anda selangkah ke arah pembinaan Individu Muslim Sejati. 

Maka, jika dulu AYAHKU MELAYU, MELAYU BANGSAKU DAN MALAYSIA NEGARAKU tetapi kini "ISLAM IALAH AYAHKU, ISLAM IALAH BANGSAKU DAN ISLAM IALAH TANAH AIRKU" . WALLAHU'ALLAM.. MOHON MAAF ATAS SALAH SILAP. IN SHAA ALLAH AKAN BERSAMBUNG....TO BE CONTINUED...


Monday 4 February 2013

Wasiat Luqman Al-Hakim kepada anak-anaknya

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis hari ini aku diberi kesempatan waktu untuk mencoret tinta elektronik ini. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Baginda junjungan teragong, Nabi Muhammad s.a.w. Allahumma solli 'ala Muhammad. Sebelum tangan merancak menaip masih tidak terlambat utk saya ucapkan "Salam Maulidur Rasul" buat semua muslimeen dan muslimat di muka bumi Allah ini. Sambutan maulidurrasul, bukanlah meriah pada tanggal 12 Rabiul Awwal sahaja, tetapi sejauh mana kita menghidupkan sunnah Baginda s.a.w. Baginda sendiri tidak pernah menyambut hari kelahiran Baginda sepanjang hayatnya. Peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan sidang pembaca yang dimuliakan.


Seorang ibu mahupun seorang bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sudah pasti pelbagai nasihat, bimbingan, dorongan dan kata-kata motivasi disuntikkan kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat melahirkan seorang individu Muslim yang sempurna. 

Baru-baru ini pergi ziarah tokwan, hari Sabtu yang lalu..masa baru sampai tu tokwan kelihatan sedang sibuk mencari surat-surat penting miliknya. Dah masuk rumah tokwan duduk sembang-sembang. tetiba tokwan cakap, "TOKWAN NI TAKDAK HARTA NAK BAGI, NAH AMBIK NI"(sambil menghulurkan sehelai kertas yang padanya tertulis "WASIAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA")  . Setelah membaca keseluruhannya, diri yang kerdil lagi hina ini berasa terpanggil untuk menyebarluaskannya.  

Antara wasiat Luqman ialah

~> Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan, TEGAHLAH kemungkaran dan SABARLAH kamu atas segala yang menimpa.

~> Wahai anakku, INGATLAH ALLAH banyak-banyak. SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENGINGATI ORANG YANG MENGINGATI-NYA.

~> Anakku, JANGANLAH ENGKAU CINTA DUNIA kerana engkau tidak dicipta untuk dunia dan Allah tidak menciptakan sesuatu pun yang lebih hina daripada dunia.

~> Anakku JANGANLAH ENGKAU GEMBIRA DENGAN KESIHATAN yang berpanjangan dan SEMBUNYIKANLAH KESUSAHAN menimpamu.

~> Anakku, cukuplah dengan yang sedikit, dan REDALAH dengan apa yang kamu dapat.

~> Anakku, BERSAHABATLAH dengan ORANG BIJAKSANA dan REDALAH dengan apa yang mereka kata, nescaya engkau akan menjadi bijaksana.

~> Anakku, BERCAKAPLAH DENGAN PERKATAAN YANG BAIK bersama orang lain dan duduklah dengan ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan rasa khusyuk di dalam diri.

~> Anakku, LAKSANAKANLAH HAJAT SEKADAR PERLU dan ELAK PERKARA YANG TIDAK BERKAITAN DENGANMU.

~> Anakku, PERBANYAKANLAH DIAM kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sesekali kecewa kerana diam tetapi mungkin AKAN KECEWA KERANA KETAWA.

~> Anakku, JANGAN BIARKAN AYAM LEBIH CERDIK DARIPADAMU, kerana ia akan kibaskan kepaknya pada waktu malam dan bertasbih kepada Allah.

~> MANFAATKANLAH APA YANG ALLAH AJARKAN KEPADAMU. Seorang alim tidak sama dengan seorang jahil. SEBAIK-BAIK ILMU ADALAH YANG MEMBERI MANFAAT DAN SEBAIK-BAIK ILMU ADALAH YANG DIIKUTI. Allah memanfaatkan ilmu bagi yang menginkutinya.

~> Anakku, SEPANDAI-PANDAI MANUSIA ADALAH YANG PALING TAKUT KEPADA ALLAH.

~> Engkau hendaklah TAWADUK (MERENDAH DIRI)

~> Anakku, seorang yang keji apabila berkata-kata akan kelihatan kejahatannya melalui lidahnya dan apabila dia senyap pun nescaya kejahatannya akan diketahui juga.

~> Anakku, FAHAMLAH ERTI HIKMAH dan JADIKANLAH AKHLAKMU BERHEMAH DAN PENTINGKANLAH IA DAN MATAMU AKAN SEJUK APABILA ENGKAU MEMENTINGKANNYA DAN KETAHUILAH HIKMAH ITU HANYA ADA DALAM KELEMBUTAN.

~> Anakku, kenapakah engkau menghilangkan hartamu sendiri dan membaiki harta orang lain. Anakku sesiapa yang TIDAK MENGASIHANI TIDAK AKAN DIKASIHANI  dan SIAPA YANG DIAM DIA SELAMAT. SIAPA YANG BUAT BAIK AKAN SELAMAT SIAPA BUAT JAHAT ASTI MENYESAL. SIAPA YANG BENCI KEJAHATAN AKAN SELAMAT. SESIAPA YANG TIDAK MENJAGA LIDAHNYA AKAN RUGI. Anakku, JADILAH ORANG YANG MUDAH DIGAULI, MANIS MUKA dan itulah AKHLAK ORANG SOLEH. :D

Alhamdulillah.. selesai 16 wasiat Luqman kepada anaknya. Semoga perkongsian yang sedikit ini mampu memberi manfaat kepada kita untuk menjadi seorang INDIVIDU MUSLIM YANG SEMPURNA. IN SHAA ALLAH. Bolehlah kita sebar-sebarkan ilmu Allah ini kepada rakan-rakan yang lain, WALLAHU'ALLAM. JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZAK!

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam