Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Friday 3 December 2010

27 Adab MENGORAt dlm ISLAM












Sempena Tahun Baru Hijrah ini, ana berazam untuk menjadi seorang hambaNya yang gemar membaca bahan-bahan ilmiah diluar lingkungan akademik..(bukan baca bahan akademik jer mcm tahun-tahun lepas)
...Insya-Allah ana akan meluaskan pengetahuan ana dari masa ke masa dengan membaca majalah, akhbar, novel, buku motivasi dan sebagainya. Penting buat kita membaca bahan selain daripada bahan akademik sahaja. Hal ini kerana, dengan membaca juga kita mampu memiliki pengalaman yang kita belum pernah milikinya. Perintah pertama yang Allah turunkan untuk sekalian hambaNya ialah "Bacalah". Al-Qiraah Miftahul 'Ilmi yang bermaksud "Membaca Kunci Pengetahuan". Ana juga ingin menjadi seorang yang gemar berkongsi ilmu kerana menyahut seruan Rasulullah S.A.W "Ballighuni walau ayah" ; "Sebarkanlah walau satu ayat"...tidak kira sama ada ilmu akademik atau ilmu untuk hidup. (bukan bermaksud selama ni x share ilmu...) Oleh itu, hari ini akan berkongsi sesuatu yang boleh diamalkan apabila masanya sudah tiba. Teruskan bacaan anda ke bawah. Ilmu ni ana dapat drpd Majalah Anis keluaran Disember 2010...baru lagi..masih panas!!!

Bagaimanakah seni-seni mengurat dan memikat dalam Islam????
(Islam tidak menghalang pertemuan bagi pasangan yang telah mula "jatuh hati". Impian itu masih boleh dicapai asalkan kedua-dua pihak mengikut aturan "dating" yang telah Allah tetapkan)

Proses memikat :
1. Dimulakan dgn penghayatan atau pandangan. Pandangan mestilah pandangan yang dibenarkan Islam dan tidak menyalahi syara' iaitu muka dan tapak tangan...bukan tapak kaki...tapak kaki aurat..( kepada sahabat2 ana yang masih tidak berstokin diluar kawasan sekolah harap dapat segera BERHIJRAH ye...harap antunna faham)

2. Senyum. Senyum itu sedeqah. Setelah melalui proses pertama, anda perlu senyum untuk menambat hati wanita pilihan anda. (kpd perempuan jgn mudah percaya dgn senyuman lelaki yang "He Had Such A Quiet Eyes", hati-hati dengan senyuman lelaki ye...)

3. Bercakap . Ada 2 jenis ckp, awwalan telefon wa thanian melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS not Sheikh Muzafar Shukor ye) atau melalui laman-laman sosial. Namun, biarlah semua ini tidak melampaui batas pergaulan. err..faham ke?

4. Appoinment or janji temu. Da cakap semua tu, buatlah janji temu untuk face to face mengikut masa yang ditetapkan (jgn tengah2 malam) dan ditempat yang jauh drpd FITNAH.

5. Step yg plg best! "Dating"...stage ni stage yang paling MENCABAR dan MENGUJI HAWA NAFSU, sebab syaitan laknatullah tu x suke tgk org bina Masjid...jelez la katakan sebab x de yang nak ke dia...hehhehe...mase ni Syaitan akan cuba mengasah hawa, cucuk nafsu yang akan membawa ke arah MAKSIAT..nauzubillah...Ustaz Rusli kata, "Proses kelima boleh dielakkan atau dikawal jika wujud org tengah yg boleh dipercayai untuk membantu kita melalui perhubungan yang terarah kepada kebaikan."

Ustaz Rusli Md Zain Al-Farqawi telah menghuraikan 7 perkara yang perlu di beri attention!!!
yang selaras dengan kehendak Islam :

1. Yakin dan bukan menunjuk-nunjuk. Lelaki harus yakin memikat supaya wanita yang dipikat tak rasa dirinya ditipu. iye dak?..kalau ada unsur2 tipu2 ni, perempuan mungkin akan rasa teraniaya...Ingat! DOA org teraniaya MAKBUL!!! AWAS lelaki...!!! dan lagi satu..perhubungan yang ada unsur tipu2 ni tak tahan lama..cinta monyet lagi la!

2. Pemerhatian. Cara yang Islam benarkan, pemerhatian dari jauh or merisik. carilah orang tengah yang BOLEH DIPERCAYAI untuk siasat dan selidik latar belakang calon pilihan hati tu..

3. Pembuktian. kedua-dua pihak da setuju dan buktikan kesungguhan anda memikatnya.

4. KEIKHLASAN. nak pikat tu biarlah secara natural...semula jadi..jgn dibuat-buat. Tak yah skrip2 ni..buang ink je nak karang skrip pnjg2..PERSAHABATAN MESTILAH BERLANDASKAN UKHWAH FILLAH...err(segheyau ngat aih)...kalau nak tegur tu biarlah LILLAHI TAALA tanpa ada unsur CEMBURU BUTA, DENGKI dan BERNAFSU.

5. Penambahbaikan. Jgn lama2 sangat...nanti syaitan rebut peluang. ILmu mesti disisipkan dalam perhubungan supaya tidak menyimpang.

6. Konstiten (ISTIQAMAH). Terima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya, bak kata Nisa' dalam Dalil Cinta TV3 "take me for whom I am"...setiap psgn tu mesti akan diuji. Jadi, kepercayaan terhadap pasangan tu mesti berterusan.

7. ELAKKAN CINTA KHIRDUN. Hubbun khirdun ni sementara je. Ciri hubbun khirdun ni selalu tukar partner n SS (Syok sendiri)..yang akan jadi mangsa, WANITA! so hati-hati sekali lagi wahai wanita-wanita.

Ustaz, da berjaya pikat nak buat ape pulak? Ustaz Rusli kata...
(Peringkat seterusnya ni sesuai abang-abang dan kakak-kakak yg da matang la ataupun yang da ada planning nak kenduri)

1. Kelangsungan dan kesinambungan. ( Cepat-cepat le BINA MASJID nak elak FITNAH)

2. Kurangkan pertemuan. Ini pun nak elak fitnah dan prasangkan buruk (su u zon )

3. Tingkatkan perancangan. Saling memahami dan buat perancangan rumahtangga.

4. Rajin2lah gi Majlis Ilmu. Step ni bagus untuk MANTOPKAN IMAN.

5. Dekatilah AL-QURAN. Pasangan perlu belajar dari juzuk 1-30 sebelum kahwin. Majlis khatam al-Quran haruslah dilakukan oleh si lelaki mahupun perempuan.Bukan perempuan sahaja yang macam berlaku sekarang.

6.Berdoalah selepas baca al-Quran. Sabda Rasulullah S.A.W "Berdoa sesudah membaca al-Quran akan diaminkan oleh 4000 malaikat manakala berdoa sesudah khatam al-Quran pula akan diaminkan oleh 60 000 malaikat Allah" (Riwayat ad-Damiri dan ad-Dailami). Amalkan solat sunat Dhuha, membaca Ayat seribu Dinar dan surah al-Waqiaah setiap hari sebelum sesudah dipikat.

7.KUKUHKAN EKONOMI. Carilah pekerjaan yang lebih stabil.

8.Tingkatkan kualiti kerja. Janganlah lpas ada isteri, kualiti kerja merosot. Ishk3x..buat malu muka isteri jer...

9. Cari kualiti masa. Tanya khabar pasangan, beri kata2 semangat bukan ungkapan-ungkapan yang menaikkan nafsu Syahwat.

10. Letakkan MOTO kehidupan. Nabi S.A.W mengingatkan kita agar ingat 5 perkara sebelum lima perkara,sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.

Wallahu'alam...

Kalau tak puas hati lagi, ana cadangkan bacalah Majalah Anis Edisi Disember 2010 page 20-22. Insya-allah jumpe..kat atas tu ada yang di edit mengikut bahasa sendiri...

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam