Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Wednesday 31 October 2012

haa.. ini contoh Qasidah yer...ya badrotim.. Baca Dari bawah yer.. baru tau kenapa tetibe ade Qasidah kat atas ni.. hihi

~Khibratiy Part 1 ~

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah.. izinkan aku berkongsi pengalamanku agar ia menjadi sesuatu yang bermanfaat buat diriku dan pembaca sekalian...mudah-mudahan pengalamanku ini menjadi pedoman buat adik-adik lepasan SPM..yang mungkin barangkali tercari-cari arah tuju.. ke mana aku selepas ini.. Insya-Allah, adik2.. yakinlah dengan Allah.. Dia telah menyediakan adik-adik dengan rezeki yang cuku banyak di masa hadapan.. Jangan risau k..!

secara ringkasnya...this is my life after SPM..  konon2 timeline lah.. hihi

PLKN White Resort, Balik Pulau,Pulau Pinang (Januari - March ) --> amik result. alhamdulillah (mac) --> duduk rumah rilek2 dua bulan (March - Mei) --> Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (Mei - July) --> duduk rumah golek2 dua bulan ( July -  Sept. ) --> .......????

haaa.. nampak tak secara ringkasnya how my life was...hihi.. itu baru ringkasan.. huraiannyer blum lagi.. mungkin nampak membosankan tapi sebenarnya tak.. For me lah.. for korang taktahu lah.. Masing-masing ade pendapat masing-masing dan berhak untuk membuat penilaian. hihi ..

okay.. start dgn PLKN.. ramai yang cakap PLKN sosial.. PLKN nnti kna pegang ngn jurulatih laki.. PLKN itu.. PLKN ini.. sume yang negatif tu PLKNlah...dan yang paling penting SUN BURNT...!!!! haha.. sun burnt tu mmg tak boleh elak lah.. kalau laki... BOTAKKK...haha.. menarikkan..ngee..~ kesian PLKN kna tuduh yang bukan bukan.. sebenarnya adik2 sidang pembaca yang dikasihi sekalian.. cewahhh.. budjet mcm ramai jer org baca... rasa mcm buat teks syarahan pun ade.. hihi.. 
okay.. back to out topic.. PLKN.. apa-apa pun balik kepada diri sendiri.. bagaimana kita menerima sesuatu yang baru secara positif.. "Buang yang keruh ambil yang jernih" .. ehh,.. jap.. sesuai ke pepatah ni dgn situasi ni.. ??? hurm.. pape jer lah.. Mmg banyak input positif from PLKN.. one of its is we were trained to be a good leader.. 
Alhamdulillah.. I was a skuad leader when I was in National Service Programme.. bukan senang nak jadi skuad leader.. bukan senang2 jer cikgu nak pilih jadi skuad leader kat PLKN ni.. ade interview tau.. kalau lpas interview dan didapati layak dilantik baru akan dilantik sebagai "ketua Skuadron". Alhamdulillah.. PLKn sekarang da banyak improvement.. Pengisian rohani pun da banyak.. jangan risau.. Kat PLKNlah Qasidah diperkenalkan kepadaku.. oleh Ustaz Jamil.. How I miss him...! haha.. rindu nak berqasidah ngan ustaz.. walaupun dulu sekolah agama.. tapi aku x berpeluang untuk mengenali Qasidah.. untuk pengetahuan pembaca sekalian.. Qasidah ialah bait2 syair dalam Bahasa Arab untuk memuji Rasulullah... antaranya ialah Ya Badratim, Assalamua'alaik, Ya Toibah, dan lain-lain. Pengisian rohani mengenai solat banyak ditekan di kem.. kerana perkara first yang akan dihisab ialah S.O.L.A.T. bab-bab C.I.N.T.A pun ade.. hehe... and di sinilah aku terkesan.. terutama bab cintan cintun ni.. ramaiyang g PLKn cari couple but me.. it was not my aim to be there.. malah.. alhamdulillah..aku kini berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik..insya-Allah..soo.. kepada adik2 yang bakal ke PLKN.. jangan risau.. setlah sesuatuyang positif dalam minda anda.. insya-Allah anda akan dapat faedahnya.. banyak tau.. ade kelas Pembinaan Karakter.. ade Kelas Budaya Kerja Cemerlang, kelas Pendidikan Seks dan ..Kelas Kenegaraan.. macam2.. best.. itu kalau dalam kelas.. modul pagi.. ehhh. kejap.. jangan salah faham ttg kelas pend seks tu.. bukan klas nak ajar buat benda alah tuh.. tapi more tu pergaulan boys and girls.. dun misunderstand it... kalau dalam kelas ni mmg agak sosial.. tapi pandai2 lah jaga diri.. masing2 ade iman kan.. mak ayah cikgu2 ustaz ustazah sume da bagi ilmu yang secukupnye.. jadi pandai2lah jaga diri dalam kelas ni.. Kalau Modul Fizikal ade kawad (sesuatu yang wajib yer di PLKN)  flying-fox, Repelling, panjat tembok.. tarzan swing , blajar pertolongan cemas .. macam2 lah.. and kemuncak bagi PLKN is Wira Jaya.. yang ni paling best.. sebab.. mase ni,.. kami masuk hutan same2.. meredah paya...meredah hujan..meredah segalanyalah...mase nilah akan nampak dengan sangat jelas  kerjasama antara satu sama lain.. kat kem mmg da harmoni dah,, tapi time wirajaya ni lagilah akan nampak... haaa.. kalau cite lebih2 plak.. korang da tau ape yang ade.. mungkin akan ade yang rase x best nak g coz da tau pengisiannyer...dan mungkin jugak akan ade yang excited nak pegi... haaa... terpulanglah.. nasihat saye di sini...

"Kalau dapat PLKN pegi jer.. kalau tak dapat jangan mintak" dan kepada pelajar sekolah agama yang dapat ke PLKN..terutama muslimat.. jangan risau pasal tudung kna masuk dlam.. coz sye dulu pun kena masukkan tdg kat dalam.. tapi Alhamdulillah.. dengan sokongan drpd kawan2.. sye berjaya memperjuangkan hak kita sebagai wanita untuk tdk memasukkan tdg ke dalam baju.. walaupun pada mulanya mendapat tentangan hebat.. di sinilah Allah nak uji iman adik2 dalam mempertahankan hak kita sebagai wanita untuk menutup aurat dengan SEMPURNA..dan kepada pelajar lelaki yang dapat.. tawar2kanlah diri untuk jadi imam dan bilal or join AJK Surau .. sama2 bimbing kawan2 ke jalan Nya,..janganlah budak2 skolah agama pi PLKN hilang watak or tak ketahuan punca disebabkan kejutan budaya di kem.. jadilah ibarat ikan di laut.. tetap tawar walaupun air laut tu masin.. ade faham.. harapfaham yer adik2 yang bakal ke PLKN.. Jangan risau.. PLKN best,.. dapat elaun tau.. hehe...tapi betulkan niat kerana Allah.. insya-Allah segalanya akan jadi mudah.. :D



ape ape pun buat yang terbaik dulu untuk SPM...!
okay... part one is over.. part two is coming soon.. :D


My Tokoh : Dato' Dr Hamid Arsyat. Hayatilah kisah hidup beliau.sungguh mengagumkan.


Assalamualaikumwarahmatullah.

Dato' Dr. Hamid Arshat antara pakar sakit puan melayu yang terawal sekali muncul di persada perubatan Malaysia.Beliau merupakan sumber rujukan orang-ramai untuk masalah kesuburan. Doktor yang sempat saya berkenalan rapat ini seorang yang peramah bersama pesakitnya, bersifat sangat penyabar, tetapi berperibadian tegas dan berprinsip.

Bermula mendapat pendidikan asas di Johor dan kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau , memperolehi MBBS di situ. Seterusnya pada tahun 1976 beliau mendapat MRCOG dari London diikuti FRCOG dari London juga pada tahun 1987. Dari situ berputiklah satu karier yang sungguh menarik yang beliau perolehi sepanjang kerjaya hidupnya menjadi seorang doktor pakar sakit puan.

Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor di Universiti yang sama. seterusnya beliau dilantik menjadi Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Akhirnya beliau menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara. Setelah itu beliau membuka satu klinik pakar khas, sebagai seorang konsultan untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk perkhidmatannya khusus untuk masalah ketidaksuburan dan masalah sakit puan. Beliau sendiri adalah seorang ketua keluarga yang bahagia bersama isterinya Toh Puan Maimon, dikurniakan lima orang cahaya-mata rumah-tangga mereka dan tiga orang cucu yang beliau sambut sendiri ke dunia ini. Suasana rumahnya tidak pernah sepi dari disulami ketawa gurau senda anak-anak kecil , remaja mahupun yang dewasa.

Kelulusan
1. April 1970-Sept 1970
Mendapat Sarjana Perubatan di Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia
2. April -Sept 1970
Pegawai Perubatan di Hospital Besar, Melaka
3. Sept - Mac 1971
Pegawai Perubatan di Unit Surgeri di Hospital Besar, Melaka
4. Oktober 1972
Pensyarah pelatih di Jabatan bstetriks & Gynekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Oktober 1972 - June 1973
Pegawai Perubatan di Jabatan Obstetriks & Gynekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
6. Oktober 1972 - June 1973
Pegawai Perubatan di Jabatan Obstetriks & Gynekologi , University Hospital , Petaling Jaya.
7. Julai 1973 - Jan 1974
Pegawai Perubatan di Jabatan of Urologi& Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur.
8. Februari 1974 - Januari 1976
Registrar di Jabatan Obstetriks and Gynekologi Southampton Universiti, England
9. Disember 1975
Menghadiri kursus 2 minggu dalam Obstetriks & Gynekologi oleh Institut of Obstetriks, Queen Charlotte Hospital, London, United Kingdom.
10. Januari 1976
Lulus peperiksaan MRCOG di London, United Kingdom.
11. Februari 1976
Pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai Pensyarah di Jabatan Obstetriks & Gynekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
12. November 1978
Bertugas sebagai 'Director of Specialist & Reproductive Research Centre' National Family Planning Board (NFPB), Malaysia
13. Januari 1979
Profesor Madya di Jabatan Obstetriks & Gynekologi
14. Mei 1983
Profesor di Jabatan Obstetriks & Gynekologi University Kebangsaan Malaysia
15. Februari 1985 - Februari 1989
Ketua Pengarah di National Population and Family Development Board Malaysia.
16. February 1989 - sehingga kini
Konsultan Obstetrik & Gynekologi di Pantai Medical Centre serta Klinik Dr. Hamid Arshat, Plaza Damansara.
<< Prev - Next
Dilemma Jadi Bidan
Setelah kian lama iaitu lebih 30 tahun menjadi seorang doktor pakar bidan lelaki, sekarang mulalah timbul dari sanubari saya samaada apa yang saya lakukan dan amalkan itu dihalalkan oleh agama Islam.
Saya dalam dilemma dan sedang mencari-cari sumber rujukan yang mungkin mengandungi fatwa tentang kedudukan doktor bidan lelaki. Saya sedang mempelajari Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. seraya mencari jika ada nas-nas yang boleh memandu saya. Tetapi pengetahuan saya tentang ilmu Quran sangat cetek dan tidak mencukupi, namun saya masih teruskan usaha untuk mencapai maksud . Insyaallah satu hari kelak saya akan dapat jawapan.
Walau demikian saya sentiasa berdoa serta memohon keredhaan Allah s.w.t., mudahan saya mendapat ganjaran baik dan dimasukkan dalam golongan hamba yang bertaqwa.
Setelah menjangkau ke umur enam puluhan , saya rasa semakin dekat dengan destinasi , iaitu pertemuan dengan Pencipta saya Allah s.w.t. Pertemuan ini adalah benar dan tidak boleh dielak dan bila sampai waktu, setiap insan akan menemui ajal dan saat ini tidak boleh ditangguh atau dikedepankan. Dialam baqa’ perkara-perkara penting yang akan dikira ialah, amalan baik kita, sedekah dan jariah dan ilmu yang dimanfaatkan.
Dalam usaha untuk meninggalkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, saya sedang mengatur beberapa langkah untuk mencapai kearah demikian.
Menjadi tabib atau doktor adalah satu pekerjaan murni kerana doktor berusaha menyembuhkan pesakit, walaupun ada kalanya kita gagal untuk menyembuhkan sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan penderitaan dan kesakitan. Sekarang ini bidang rawatan , bukan sahaja melibatkan bahagian fizikal atau tubuh badan , tetapi juga merangkumi aspek-aspek emosi dan mental serta jiwa dan rohani.
Oleh itu doktor sekarang bukan sahaja perlu mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan moden , malah juga perlu ilmu pengetahuan saikologi dan agama bagi menangani berbagai jenis penyakit. Pengadunan atau integrasi bidang-bidang ilmu tersebut dalam mendekati pesakit-pesakit adalah kaedah yang terbaik dan berkesan.
Inilah kaedah pendekatan yang saya sendiri cuba mengamalkan tetapi kelemahan saya dalam ilmu agama islam masih perlu diperbaiki. Sekarang banyak usaha dari berbagai pihak untuk melatih bakal doktor dengan pendekatan tersebut.
Pesakit wanita islam

Sebaiknya pesakit-pesakit wanita dirawat oleh doktor wanita islam dan ini menjadi tanggung jawab setiap muslimah untuk melaksanakan. Dalam keadaan-keadaan tertentu seperti darurat, pilihan kedua ialah doktor lelaki islam. Doktor-doktor bukan islam menjadi pilihan terakhir. Menyusuli garis panduan ini ,
"Patutkah doktor-doktor lelaki menjadi pakar bidan dan sakitpuan?"
Inilah dilema saya. Walau demikian saya cuba atasi perasaan ini dengan niat yang ikhlas untuk membantu kaum wanita yang memerlukan dan percaya kepada kemampuan saya. Jika saya seorang doktor wanita islam, mungkin lebih ramai lagi pesakit wanita akan menemui saya. Tetapi saya bersyukur kepada Allah s.w.t. saya ini seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan bermacam nikmat yang tidak terhingga.
Pesakit-pesakit wanita masih mahu berjumpa dan percaya kepada saya. Walau pun pilihan utama bagi wanita ialah doktor wanita, namun ada dikalangan mereka yang lebih selesa dengan doktor lelaki. Saya pun tidak faham mengapa kaedaan seperti ini berlaku. Ini adalah pilihan masing-masing yang mungkin berasaskan atas beberapa faktor.
Setiap insan mempunyai hak sendiri untuk memilih sesuatu. Tetapi bagi wanita muslim pengaruh luar yang terpenting ialah pilihan atau keputusan suami. Seringkali suamilah yang memilih doktor bagi wanita tersebut. Pernah saya buat satu kenyataan dalam satu majalah wanita pada tahun 1994 tentang sebab-sebab mengapa ramai wanita memilih doktor lelaki. Ekoran dari kenyataan saya tersebut ada setengah doktor wanita yang tidak senang hati dan membuat aduan dan melapurkan kapada Majlis Perubatan Malaysia yang seterusnya menuduh saya melanggar etika perubatan, lantaran meletakkan saya dalam kesulitan. Suatu hari kelak akan saya ceritakan sepenuhnya peristiwa ini.
Kepercayaan atau keyakinan terhadap seorang doktor bukan atas popularitinya tetapi biasanya dari ”recommendation” atau syor dari pesakit-pesakit lain yang telah berasa puas-hati dengan rawatan saya. Pesakit-pesakit yang berjaya dirawat dan berasa puas hati serta gembira akan memberitahu kepada rakan-rakan, ahli-ahli keluarga serta orang lain tentang khidmat saya. Ini akan tersebar dengan sendiri dari mulut ke mulut lain. Ramai di kalangan pesakit-pesakit saya yang membawa saudara-mara dan teman-teman untuk mendapat rawatan dari saya.
Sekarang ini bukan sahaja saya telah menyambut kelahiran anak-anak mereka, malah saya juga telah menyambut kelahiran cucu-cucu mereka.
Beginilah kaedah ”iklan” yang berlaku di kalangan doktor-doktor, iaitu sama kaedahnya seperti perniagaan lain. Tetapi saya ingin menekankan bahawa khidmat perubatan bukan suatu perniagaan , hanya kita mendapat upah yang telah ditetapkan kadarnya oleh Persatuan Doktor-doktor Perubatan bagi perkhidmatan pakar.

Keyakinan pesakit terhadap doktor bukan hanya kerana ilmu dan kemahiran yang ada pada doktor tersebut , tetapi juga dipengaruhi oleh tata-tertib, tingkah laku, budi-bahasa dan akhlaknya. Dalam kata-kata atau istilah perubatan perkara ini digelar ”good bedside manners”. Doktor-doktor yang mudah senyum, suka berbincang tentang segala masalah yang dikemukakan oleh pesakit, ramah dan mesra, bersimpati dan bertolak-ansur serta mudah didampingi tentulah akan dikunjungi oleh ramai pesakit-pesakit.
Malangnya ada juga doktor yang tidak memenuhi ciri-ciri tersebut , mungkin bukan sebab perwatakan mereka tetapi disebabkan oleh beban kerja yang terlalu banyak dan mendesak seperti yang berlaku di hospital dan klinik kerajaan.
Hubungan doktor dengan pesakit.
Berbalik kepada isu wajarkah seorang wanita mendedahkan aurat dan bahagian sulitnya untuk diperiksa dan dirawat oleh doktor lelaki. Dalam kaedaan biasa iaitu tidak ada penyakit, memanglah tidak wajar dan haram hukumnya. Tetapi dalam kaedaan sakit dan darurat ia diharuskan dengan syarat ada kebenaran darinya dan suami atau jika belum berkahwin dari ibu atau bapanya.
Ramai orang bertanya apa perasaan saya apabila memeriksa kemaluan dan peranakkan wanita. Adakah ia menimbulkan ghairah atau lainnya? Biasanya apabila berdepan dengan situasi demikian, minda saya akan terus memikirkannya sebagai tugas dan pelaksanaan tanggung jawab serta kepercayaan yang diberikan kepada saya. Biasanya saya mulakan dengan bacaan bismillah untuk mendapat perlindungan Allah dari godaan syaitan. Seorang jururawat wanita mesti berada disamping saya untuk membantu serta mengelakkan dari fitnah.
Memang tidak boleh disangkal bahawa setengah wanita mempunyai tubuh yang amat cantik. Saya percaya kaedaan seperti ini akan menggoda orang lelaki biasa tetapi sebagai doktor yang merawat, saya terpaksa menumpukan minda ke arah penyakitnya bukan kecantikan tubuhnya. Sebelum melakukan pemeriksaan, jururawat pembantu akan menyediakan pesakit wanita dalam suatu kedudukan di mana pesakit tersebut tidak terdedah dan bahagian yang perlu diperiksa sahaja yang didedahkan. Dalam lain-lain perkataan kita tidak mededahkan aurat pesakit wanita dengan sewenang-wenang.
Hubungan antara doktor dengan pesakit wanita perlu dikekalkan sebagai hubungan professional tanpa mencetus hubungan cinta atau asmara. Etika ini patut dihormati oleh kedua-dua pihak. Seperti murid dengan guru adalakalanya murid jatuh cinta dengan gurunya atau sebaliknya. Mengikut etika perguruan, jalinan cinta antara murid dengan guru tidak sepatutnya dibenarkan, tapi banyak yang menghasilkan perkahwinan.
Di setengah negara barat, seseorang doktor yang menjalinkan hubungan cinta atau berkahwin dengan pesakitnya boleh didakwa dan munkin ditarik balik lesen pengamal perubatannya. Di negara kita saya belum pernah mendengar kes seperti ini.

Seorang doktor pakar bidan seperti saya telah ditempatkan di satu kedudukan yang dipercayai oleh para suami atau ibu bapa untuk memeriksa serta mengendalikan rawatan bagi pesakit wanita. Ini adalah satu keistimewaan dan penghormatan dan saya tidak boleh menyalah-gunakan kedudukan ini.

Menyimpan rahsia pesakit
Selain dari aduan tentang penyakit tubuh badan, pesakit-pesakit wanita sering juga akan meluahkan perasaan mereka serta menceritakan masalah-masalah suami isteri, dengan anak dan saudara mara, masalah kerja dan dengan rakan serta teman. Segala maklumat tentang pesakit adalah rahsia dan saya atau kakitangan klinik tidak ada hak untuk menceritakan atau mendedahkannya kepada sesiapa, walhal kepada isteri saya pun.
Wanita memang banyak cerita, hanya kebiasaannya doktor tidak cukup masa untuk mendengar kesemuanya sebab perlu melayan ramai pesakit. Walau demikian seringkali saya suka berbual dengan pesakit atau suaminya tentang perkara lain dari penyakitnya.
Di antara perkara yang perlu dirahsiakan ialah kandungan luar nikah yang mana saya perlu menyambut kelahiran serta mengaturkan anak diangkat oleh satu pasangan suami-isteri yang mandul. Ada juga dikalangan pesakit yang menjadi isteri kedua atau ketiga kepada sipulan yang mungkin terdiri dari orang-orang ternama dan ini perlu dirahsiakan.

Cerita-cerita tentang masalah-masalah hubungan seks sering saya dengar dan jika mampu saya selesaikan sendiri , tetapi ada kalanya saya perlu merujuk masalah-masalah seperti ini kepada pakar-pakar lain. Perkara ini juga perlu dirahsiakan kerana ia melibatkan martabat seseorang.
Menyimpan rahsia bukanlah senang. Memang telah menjadi budaya masyarakat kita untuk mendedahkan perbadi orang lain khususnya tentang keburukkan mereka. Adakala saudara dan teman menalipon saya tentang perihal pesakit tertentu. Biasanya saya hanya akan beritahu jika yang bertanya adalah suami atau ibu bapa pesakit. ( Bersambung)
Di Simpang Permulaan
Mengapa Pilih Jadi Pakar Bidan?
Sekarang ini murid-murid lepasan sekolah menengah tidak menghadapi banyak masalah untuk memilih kerjaya mereka berbanding zaman sekolah saya dulu.
Panduan memilih jurusan atau kerjaya terdapat di mana-mana termasuk di sekolah, di media cetak atau elektronik serta di dalam seminar atau kursus yang dianjurkan pihak kerajaan atau swasta. Kadang-kadang murid jadi pening dan bingung untuk memilih kerjaya kerana terlalu banyak nasihat dan petunjuk.
Ada pula yang kerjayanya telah ditentukan oleh ibu-bapa mereka kerana inginkan sangat anak-anak mereka jadi doktor, jurutera atau peguam. Ada pula yang terpengaruh setengah personaliti di kaca televisyen atau majalah-majalah. Saya ada terdengar ibu-bapa yang mengatakan anak mereka bercita-cita untuk menjadi seperti Dr. Hamid Arshat. Saya bukan bertujuan untuk bermegah atau bongkak, tapi ini satu kenyataan ekoran dari kemunculan saya yang sering di kaca televisyen sejak tahun lapan puluhan.
Mereka ini ingin mengikuti jejak saya mungkin hendak glamour, dan bukan betul-betul faham bagaimana pahit maung hendak jadi seorang doktor pakar.
Saya tidak keberatan jika digunakan sebagai sumber inspirasi bagi pelajar-pelajar. Malah saya rasa gembira kerana ini akan mendorong anak-anak untuk rajin berlajar. Tetapi jangan beranggapan bila jadi doktor akan menjadi kaya, masyhur dan glamour. Jika berfikir demikian banyak akan hampa. Contohnya anak saya sendiri, lepas S.P.M. beliau telah ditawarkan biasiswa untuk belajar di luar negeri dalam jurusan kejuruteraan. Beliau berfikir sejenak dan mengatakan kepada saya yang dia lebih suka memasuki jurusan perubatan. Saya nasihatkan untuk berfikir masak-masak dan sembahyang tahajud untuk mendapat panduan Allah s.w.t. Akhirnya beliau memutuskan untuk menukar biasiswa dari jurusan kejuruteraan kepada perubatan sedangkan ada beberapa rakannya terus belajar dalam bidang kejuruteraan. Sekarang ini bila dia lihat rakannya yang jurutera menyandang jawatan dengan syarikat multi-nasional dan bergaji besar dia mengeluh dan menunjukkan tanda-tanda menyesal atas pemilihannya. Menyesal kemudian tidak berguna.

Perancangan Allah is The Best...!

Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah.

hampir setahun blog ini tidak di update.. mohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca.Apa khabar semua..?? Iman anda sihat...??? insya-Allah..
(banyak ke pembaca blog ni...???.. hihi)

Setahun berlalu dengan begitu pantas..rasanya baru sahaja meninggalkan zaman sekolah menengah.. rupanya sudah hampir setahun tidak bergelar "pelajar sekolah" lagi.
Alhamdulillah..kita masih dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan yang dipenuhi tipu daya dunia. Pernahkah kita terfikir mengapa kita dihidupkan pada hari ini.. Kerana Allah masih menyayangi kita.. masih banyak dosa kita terhadapNya dan Dia memberi kita ruang dan peluang untuk bertaubat kepadaNya dengan menghidupkan kita pada hari ini.. Alhamdulillah.

Moga Hari ini LEBIH BAIK DARI SEMALAM. TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN LALU.

Alhamdulillah.. kini aku berada di Tanah Besar China or lebih dikenali sebagai negeri Tembok Besar.
"Tuntulah ilmu walau hingga ke negeri China" Sebenarnya tak pernah terlintas difikiranku untuk menyambung pelajaran di sini.. apa yang sering berada dalam fikiranku suatu masa dahulu ialah aku ingin menjadi seorang doktor pakar sakit puan sepertimana yang tertulis dalam entry ku sebelum ini...dan cita-citaku pada masa itu ialah aku ingin melanjutkan pelajaran di bumi anbiyak... Mesir.. aku ingin menjadi salah seorang abna'ul Nil pada ketika itu.. WALAUBAGAIMANAPUN..PERANCANGAN ALLAH IS THE BEST...! Di hantarnya aku ke nagara komunis ini.. di negara di mana Islam dipandang sebagai  golongan ghuraba'... mengapa...???? itu masih menjadi persoalan ... hikmahnya blum ku temui.. tapi Insya-Allah.. aku amat yakin dengan perancanganNya Yang Maha Hebat.. kerana ... -->> "MANUSIA MERANCANG DENGAN CITA-CITA TETAPI ALLAH MERANCANG DENGAN CINTANYA.."

Sesungguhnya pengalaman hidupku pada tahun ini amat bermakna.. Sungguh memberi aku sejuta  bahkan mungkin lebih darpd sejuta (hiperbola sekejap) keinsafan dan menjadikan aku seorang hambaNya yang betul-betul bergantung kepadaNya..

insya-Allah.. pengalamanku bakal dikongsi dalam entry seterusnya... :D

Keep following my blogg..!!
Renshi nimen hen gaoxing..! 

"

Tuesday 30 October 2012

~Alhamdulillah~

Jika SENDIRI jangan marasa SEPI.. Ada ALLAH yang MENGAWASI..

Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI.. Ada ALLAH tempat BERDOA..

Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI..

Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. Ada ALLAH tempat MENGADU..

Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA.. Ada ALLAH tempat MEMINTA..

Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA.. Pada ALLAH tempat BERSYUKUR.


setelah sekian lama blog ini bersawang...
apa khabar semua...?
sihat?


Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam