Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Wednesday 31 October 2012

Perancangan Allah is The Best...!

Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah.

hampir setahun blog ini tidak di update.. mohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca.Apa khabar semua..?? Iman anda sihat...??? insya-Allah..
(banyak ke pembaca blog ni...???.. hihi)

Setahun berlalu dengan begitu pantas..rasanya baru sahaja meninggalkan zaman sekolah menengah.. rupanya sudah hampir setahun tidak bergelar "pelajar sekolah" lagi.
Alhamdulillah..kita masih dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan yang dipenuhi tipu daya dunia. Pernahkah kita terfikir mengapa kita dihidupkan pada hari ini.. Kerana Allah masih menyayangi kita.. masih banyak dosa kita terhadapNya dan Dia memberi kita ruang dan peluang untuk bertaubat kepadaNya dengan menghidupkan kita pada hari ini.. Alhamdulillah.

Moga Hari ini LEBIH BAIK DARI SEMALAM. TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN LALU.

Alhamdulillah.. kini aku berada di Tanah Besar China or lebih dikenali sebagai negeri Tembok Besar.
"Tuntulah ilmu walau hingga ke negeri China" Sebenarnya tak pernah terlintas difikiranku untuk menyambung pelajaran di sini.. apa yang sering berada dalam fikiranku suatu masa dahulu ialah aku ingin menjadi seorang doktor pakar sakit puan sepertimana yang tertulis dalam entry ku sebelum ini...dan cita-citaku pada masa itu ialah aku ingin melanjutkan pelajaran di bumi anbiyak... Mesir.. aku ingin menjadi salah seorang abna'ul Nil pada ketika itu.. WALAUBAGAIMANAPUN..PERANCANGAN ALLAH IS THE BEST...! Di hantarnya aku ke nagara komunis ini.. di negara di mana Islam dipandang sebagai  golongan ghuraba'... mengapa...???? itu masih menjadi persoalan ... hikmahnya blum ku temui.. tapi Insya-Allah.. aku amat yakin dengan perancanganNya Yang Maha Hebat.. kerana ... -->> "MANUSIA MERANCANG DENGAN CITA-CITA TETAPI ALLAH MERANCANG DENGAN CINTANYA.."

Sesungguhnya pengalaman hidupku pada tahun ini amat bermakna.. Sungguh memberi aku sejuta  bahkan mungkin lebih darpd sejuta (hiperbola sekejap) keinsafan dan menjadikan aku seorang hambaNya yang betul-betul bergantung kepadaNya..

insya-Allah.. pengalamanku bakal dikongsi dalam entry seterusnya... :D

Keep following my blogg..!!
Renshi nimen hen gaoxing..! 

"

No comments:

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam