Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Sunday 28 November 2010

Salam Pendidikan untuk Semua ->Pendidikan Seks Mengakibatkan Kehamilan Tidak Diingini (Jom berbahas!!!!)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perbahasan,
Izinkan tirai perbahasan pada hari ini dimulakan dengan serangkap pantun,

Satu dua tiga dan enam,

Enam dan satu menjadi tujuh,

Buah delima yang kami tanam,

Mengapa pula peria yang tumbuh.

Saya mulakan rentak penghujahan pihak kerajaan pada hari ini dengan pendefinisian usul agar sidang perwakilan sekalian dapat memahami usul kita pada hari dengan lebih jelas. Pendidikan Seks secara literal merujuk Kamus Dewan Edisi keempat saya definisikan sebagai perihal mendidik berkaitan sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan serta keinginan syahwat. Walaubagaimanapun tuan yang dipertua serta sidang perwakilan sekalian, pihak kerajaan pada hari ini akan bergerak berdasarkan definisi konseptual merujuk kertas kerja yang telah dibentang dalam Seminar Seksual Kebangsaan anjuran Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya pada 30 Julai 2005.

Pendidikan Seks merupakan suatu proses mendidik yang merangkum enam aspek berikut: Yang pertama aqidah,Yang kedua akhlak dan tingkah laku mulia,yang ketiga kesihatan fizikal,yang keempat kebersihan,yang kelima seksualiti dan reproduksi serta yang terakhir anatomi tubuh badan manusia. Keenam-enam aspek ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada para remaja merentas kurikulum melalui subjek-subjek tertentu termasuklah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Biologi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Pendidikan Sivik Kewarganegaraan.

,Premis kami yang pertama bawah kata kunci Pendidikan Seks Mengakibatkan Kehamilan Tidak Diingini sekiranya remaja dan masyarakat tidak berminda positif.,Sebelum lidah lebih lancang berbicara izinkan saya menjelaskan sebab penggunaan kata “sekiranya” dalam premis pertama kami sebentar tadi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ringkasnya (JAKIM) telah mengeluarkan statistic kelahiran bayi luar nikah iaitu seramai 81000 orang bayi luar nikah dilahirkan di Malaysia hingga kini. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara pula seramai 83 orang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia dalam masa sehari bagi setiap 17 minit. Masalah ini tidak akan berlaku sekiranya remaja berminda positif. Hal ini kerana pendidikan seks telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia merentas kurikulum melalui enam subjek yang telah saya sebutkan sebentar tadi.

Minda positif berkaitan pendidikan seks memerlukan remaja dan masyarakat memahaminya sebagai suatu pendidikan yang merangkumi keenam-enam aspek yang telah saya sebutkan dalam definisi konseptual sebentar tadi. Realitinya, remaja dan masyarakat kita tidak berminda positif kerana mereka memahaminya sebagai pendidikan yang mendedahkan aspek kelima dalam pendidikan seks iaitu seksualiti dan reproduksi. Oleh hal yang demikian, tanpa minda positif remaja hanya akan memilih aspek kelima pendidikan seks untuk diamalkan bagi memenuhi tuntutan hawa nafsu negative serta mewajarkan gaya hidup hedonistic sekali gus menyebabkan berlaku peningkatan gejala pembuangan bayi dan anak di luar perkahwinan.

Ciri minda positif merangkumi tiga ciri berikut yang pertama melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan terbaik, kedua tidak melepaskan tanggungjawab diri kepada orang lain dan yang terakhir sentiasa positif walaupun berada dalam situasi negative. Tuan Yang dipertua, kami barisan kerajaan pada hari ini . Hal ini kerana kami menerima masalah berlaku peningkatan kadar bayi luar nikah dan gejala pembuangan bayi walaupun pendidikan seks dilaksana merentas kurikulum sepertimana yang saya pantunkan diawal perbahasan sebentar tadi. Oleh itu,kami telah menyediakan langkah proaktif bagi mengatasinya. Bagi remaja yang masih tidak terlibat dengan masalah kehamilan tidak diingini,pihak kerajaan telah mendedahkan remaja dengan pendidikan seks merentas kurikulum. Sekiranya remaja berminda positif, ilmu-ilmu pendidikan seks yang dipelajarinya akan diamalkan secara bermakna dengan menjadikannya sebagai panduan untuk hidup dalam persekitaran yang penuh dengan cabaran global.Hal ini kerana remaja telah mempelajari pendidikan seks merentas kurikulum maka remaja perlu melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengamalkan ilmu pendidikan seks secara bermakna bukan untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Ciri minda positif yang seterusnya ialah selalu positif walaupun berada dalam situasi negative. Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat telah merangka model Baru Sosial untuk menangani masalah gejala social di Malaysia. Kementerian ini juga telah berusaha mengumpul data seluruh kaunselor yang belum berdaftar agar segera berdaftar untuk sama-sama menggerakkan khidmat bimbingan dan kaunseling bagi menangani masalah kehamilan tidak diingini.Sekiranya remaja yang telah terlanjur berminda positif, remaja ini akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Remaja ini boleh merujuk unit bimbingan dan kaunseling yang kian dipinggirkan berikutan mentality masyarakat yang negative terhadap remaja atau keluarga yang menggunakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya nyatakan sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan seks menyebabkan kehamilan tidak diingini sekiranya remaja dan masyarakat tidak berminda positif.

Sekian.

p/s teks di atas bukan teks penuh...







Alhamdulillah..!!!
Johan Negeri Pulau Pinang
-> SMK Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang



2 comments:

Arifuddin Adam said...

Err ~
no komen!
u r the best Asma!

Sumaiyah Anwar said...

alhamdulillah..
All Praises to Allah...

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam