Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Friday 20 November 2009

Oh Teman...Aku Ingin...

Teman, aku ingin,
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan dijalain kerana Al-Khaliq,'
Harta dikorban bukan sedikit,
Cinta akan kebenaran sanggup bersakit.

Serta tawwakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana,

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cinta akan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga akan lahir lagi di abad ini,
kiwa jitu pemuda yang tidak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah daripada ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.

Dipetik daripada,
Novel Tautan Hati
Di taip dan diedit oleh,
seorg insan yg masih mencari persahabatan yang diredaiNya....

3 comments:

Anonymous said...

hargailah khadiran seorg teman:)

Sumaiyah Anwar said...

hmmm....betul3x...kehadirannya x dihargai...kehilangannya baru dirasai...

Ustazatukum said...

sahabat adalah orang yang sentiasa mambantu kita sama ada masa susah atau pun senang..persahabatan yang ikhlas keranaNya akan diredhai...carilah sahabat yg membawa kita kebahagiaan di dunia dan ahirat

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam