Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Tuesday 6 July 2010

KHUSUK PANDANGAN ULAMA'

Ibnu Abbas :
~ orang yg takut dan tenang anggota. ( anggota badan dan hatinya)

Sayidina Ali Ibni Abi Talib :
~ khusyuk itu adalah khusyuk hati. Maksudnya khusyuk itu tempatnya di dalam hati dan yg mesti khusyuk adalah hati itu sendiri.

Imam Ibnu Kathir :
~ khusyuk dlm solat dpt dihasilkan oleh org yg membulatkan hatinya untuk bers0lat dan menghindari soal2 dunyawi dan lebih mengutamakan solat. Dgn itu solat ,emjadi kecintaan dan kesenangan hati.

Ibnu 'Araby :
~ khusuk ialah tunduk merendah dan menghinakan diri di hadapan ALLAH.

Syeikh Tantawi Jauhari :
~ khusuk ialah mmerendah diri dan tunduk, tidak berpaling kanan dan kiri, tidak menggerakkan tgn semasa solat. Hanya memusatkan kemahuan (himmahnya) yakni hati kpd Allah. Dan merenungkan maksudnya dari apa yg diucapkan iaitu bacaan, zikir serta doa.

Imam Malik :
~ khusuk itu maknanya menghadap dgn penuh perhatian ke ats solat itu.

Imam As-Syafie :
~ khusuk itu ialah orang yg bersolat itu haruslah menitikberatkan pandangan matanya ditempat sujudnya, sebab itu lebih menghadirkan diri dan memusatkan fikiran.

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali :
~ khusuk/ ingat kpada Allah itu wajib berdasarkan ayat "......dan dirikan solat itu untuk mengingatiKu..." ( Taha: 14)

As-Syahid Sayyid al-Qutub (tafsir fi Zilalil Quran) :
~ khusuk itu maknanya hati org yg bersolat itu berasa gentar dan takut di hadapan Allah hingga lahir ketenangan dan kekhusukan. lalu khusuk yg ada di dalam itu menjalar kpd anggotanya. Terbayang pada paras muka dan nampak pada gerak geri solat. Hilang gangguan dlm fikiran dan tidak terganggu oleh persoalan dunia..

Wallahu'alam....

No comments:

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam