Pemula Kalam

Kalimah Pengerat Ukhuwah Islamiyyah

Friday 9 November 2012

~> Pengalaman itu mendewasakan <~

Bismillahi awwalihi wa akhirihi...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

" Sesungguhnya pengalaman itu mendewasakan "
" Experience is THE BEST TEACHER , pengalaman merupakan GURU YANG TERBAIK "

Baiklah.. entry kali ini merupakan kesinambungan entry yang lalu..its is about my timeline.

Hao de, where did we stop...???? hurmmmm..

Okay.. about result SPM.. sebenarnya .. mungkin agak terlambat untuk berkongsi mengenai result SPM.. tapi tak pa... kita kongsi jugak.. SHARING IS CARING AND CARING IS LOVING.

Apa yang dapat disimpulkan ialah...sekuatmana pun kita berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat.. tanpa izinNya.. matlamat kita tidak akan tercapai.. Tapi.. perkara ini bukanlah satu alasan untuk kita kecewa, berputus asa, ataupun tidak meletakkan matlamat yang tinggi dlm kehidupan kita.. Orang selalu kata .. " Di mana ada kemahuan di situ ada jalan " tapi secara peribadinya.. saya melihat ada sesuatu yang perlu dibetulkan dalam ayat ini.. mungkin lebih sedap begini.. " Di mana ada kemahuan di situ ada jalan  dengan izinNya tetapi dimana ada kemahuan tanpa izinNya pasti tidak ke mana ". Mungkin pembaca sekalian berasa pelik mengapa saya katakan demikian..  ayat ini lebih melambangkan pergantungan penuh seorang hamba kepada Robnya.. Teruskan membaca untuk lebih memahaminya.

Apa kaitan ayat ni dengan pengalaman yang cuba saya kongsikan di sini...Baiklah...macam ni.. semoga kalian dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan.. Insya-Allah.



Seseorang yang ingin matlamat hidupnya tercapai dan menjadi pastinya akan berusaha dengan gigih, siang dan malam berhempas pulas, berjuang bersungguh-sungguh.. betulkan?? Seseorang itu juga sudah semestinya sanggup melakukan apa apa sahaja untuk merealisasikan impiannya begitu juga dengan seseorang yang ade masalah.. setiap masalah ade penyelesaian...Disebabkan itulah munculnya pepatah "Dimana ada kemahuan di situ ada jalan".. Pepatah ni sebenarnya one of motivations. okay.. Beginilah.. berbalik kepada " Di mana ada kemahuan di situ ada jalan  dengan izinNya tetapi dimana ada kemahuan tanpa izinNya pasti tidak ke mana ". Harapan saya di sini, sidang pembaca membuat tafsiran yang betul mengenai "tidak ke mana" itu. Saya tidak bermaksud untuk mematahkan semangat atau menyebabkan seseorang itu bertanggapan bahawa PerancanganNya sia-sia.. apa yang ingin saya bawakan di sini ialah konsep penerimaan (tawakal) dan sifat Reda di sini serta optimis terhadap Allah.

Contohnya.. seorang calon peperiksaan yang ingin mendapat result cemerlang.. zaman sekarang ni semua calon peperiksaan termasuk saya suatu masa dahulu mengejar straight A+.. (8, 9, 10, 11, 12 A++) . Calon itu pastinya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya walau dengan apa juacara sekali pun.Tibalah hari peperiksaan.. calon dapat menjawab dengan cemerlang untuk semua subjek .. tetapi.. pada hari-hari terakhir peperiksaan.. calon itu mengalami masalah kesihatan.. demam la katakan.. haaa.. demam ni faham-faham jer lah.. badan jadi lemah.. badan lemah otak pun lemah.. otak lemah jawapnye x dapat jawab peperiksaan dengan baik.. mulalah calon ni risau akan keputusan peperiksaanya nanti.. Mai lah hari keputusan peperiksaan diumumkan.. tengok2 calon itu tak dapat merealisasikan impiannya untuk dapat straight A+.. ade B.. Mulalah rasa sedih.. kecewa ... rasa diri tak berguna dan sebagainya... sebenarnya perasaan-perasaan sebegini tak perlu ada walau sikit pun .. kerana sepatutnya seseorang itu besyukur sebelum menerima sesuatu keputusan..

Alhamdulillah.. saya berpuas hati dengan apa yang Allah berikan kepada saya. Saya juga reda dengan apa yang diberikan walaupun tak mencapai target saya sebenarnya.Kerana itulah saya katakan " Di mana ada kemahuan di situ ada jalan  dengan izinNya tetapi dimana ada kemahuan tanpa izinNya pasti tidak ke mana ".. kerana Allah tak izinkan saya untuk mencapai target 11A+... Allah tak memberi apa yang kita minta tetapi Dia memberi apa yang kita perlu.. Pastinya.. tersimpan seribu satu hikmah yang saya tidak ketahui. Alhamdulillah kini saya selamat berada di bumi Beijing, China sudah hampir dua bulan. Alhamdulillah..diberinya biasiswa lagi.. Alhamdulillah.. memang tak pernah terfikir saya akan diberi peluang untuk menjadi pelajar tajaan.. Sebab itulah saya katakan TAK PERLU ADA RASA SEDIH DAN KECEWA kerana Allah telah mengatur segalanya dengan penuh kebijaksanaan dan kesempurnaan. PERCAYALAH. Oleh itu adik2 sidang pembaca sekalian.. kepada yang bakal ambil result UPSR dan PMR bulan 12 and SPM bulan mac next year nanti tu,.. terimalah result anda seadanya. "GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA GAGAL SELAMANYA".


No comments:

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam

Hari Ini LeBiH BaiK daRi seMaLam
SEm0ga haRi anda haRi iNi leBih BaiK daRi semaLam